SUMMARY
The value-based behavior about the topic of this study has a relationship with values because the values are acting according to the choices based on the core values of a society. The government's efforts in achieving the idea of social cohesion and unity in Malaysian society are not confined to the policies and rules of authority alone, but also include the responsibility of the society at the grassroots level to engage in various daily activities across the ethnic and religious boundaries. Thus, this paper measures value-based behavior among university students through a value-based approach. This quantitative study targets university students from 10 public universities and two private universities in Malaysia. A total of 514 respondents consisting of university students of various ethnicities and religions. The findings are based on the value determination scale which is divided into two dimensions, namely positive value and negative value. There are three indicators for the positive values, namely; 1. The dimension of Doing Good Deeds (Al-Bir), 2) Dimension of Improvement (Al-Islah) and 3) Dimension of Justice (Al-Qist). While the indicators for negative values can be divided into two namely; 1) Dimensions of Damage (Al-Fasad) and 2) Dimensions of Tyranny or Oppression (Al-Zulm). The results found that each item in each positive value and the value-based behavior is significantly shared among the university students regardless of their ethnicity. The students can effortlessly develop the good human behavior that leads to the production of intellectual individuals with decently standing and spiritually comprehensive in the society.Keywords: value-based behavior; ethnic; value; religion; university student AbstractTingkahlaku berasaskan nilai tentang tajuk kajian ini mempunyai hubungan dengan nilai-nilai kerana nilai bertindak mengikut pilihan-pilihan berdasarkan suatu nilai teras sesebuah masyarakat. Usaha kerajaan dalam mencapai idea kesepaduan sosial dan perpaduan dalam masyarakat Malaysia bukan hanya terbatas pada polisi dan peraturan pihak berkuasa semata-mata, tetapi ianya juga merangkumi tanggungjawab masyarakat di peringkat akar umbi untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti harian tanpa mengira sempadan etnik dan agama. Oleh itu, artikel ini mengukur tingkahlaku berasaskan nilai dalam kalangan pelajar-pelajar universiti melalui suatu pendekatan berasaskan nilai. Kajian kuantitatif ini mensasarkan pelajar-pelajar universiti daripada 10 buah universiti awam dan dua buah universiti swasta di Malaysia. Sejumlah 514 responden yang terdiri daripada pelajar universit yang berlatarbelakangkan pelbagai etnik dan agama. Dapatan kajian adalah berdasarkan skala penentuan nilai yang terbahagi kepada dua dimensi iaitu nilai positif dan nilai negatif. Terdapat tiga indikator untuk nilai positif iaitu, 1) Dimensi Melakukan Perbuatan Baik (Al-Bir), 2) Dimensi Penambahbaikan (Al-Islah) dan 3) Dimensi Keadilan (Al-Qist). Sementara indikator untuk nilai negatif boleh dibahagikan kepada dua iaitu, 1)Dimensi Kerosakan (Al-Fasad) dan 2) Dimensi Kezaliman (Al-Zulm). Hasil kajian mendapati bahawa setiap item dalam setiap nilai positif dan tingkahlaku berasaskan nilai adalah dikongsi secara signifikan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti tanpa mengira etnik. Para pelajar dapat meningkatkan tingkahlaku keinsanan yang baik yang membawa kepada pembentukan individu-individu yang intelek dengan sifat kerohanian yang tegas dan komprehensif dalam masyarakat. Kata kunci: tingkahlaku berasaskan nilai; etnik; nilai; agama; pelajar universiti