Home  /  Akademika  /  Vol: 89 Núm: 2 Par: 0 (2019)  /  Article
ARTICLE
TITLE

Pembentukan Istilah dan Stratifikasi Aristokrat Melayu Selangor Era Sultan Salehuddin, Sultan Selangor Pertama, 1766-1782 (The Formation of the Terms and Stratification of the Selangor Malay Aristocracy in the Era of Sultan Salehuddin, First Sultan of Selangor, 1766-1782)

SUMMARY

Istilah dan stratifikasi aristokrat Melayu Selangor dibentuk pada November 1766. Namun begitu, ia kurang diketengahkan oleh J. M. Gullick (1998), Khoo Kay Kim (1985), Barbara Watson Andaya (1974), Mohd. Yusoff Hashim (2001) dan Abdullah Zakaria bin Ghazali (1999/2000)menyebabkan Abdur-Razzaq Lubis (2018) kurang memahamihal tersebut. Oleh itu, artikel ini bertujuan memperkenalkan konsep istilah dan stratifikasi aristokrat Melayu Selangor yangdibentuk oleh Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelakselaku pengasas kesultanan Selangor yang kurang ditonjolkan dalam disiplin sejarah supaya diketahui umum. Tulisan ini akan menganalisis pembentukan kesultanan Selangor pada November 1766 terlebih dahulu. Kemudian, akan mensintesis perkembangan sebelum tokoh-tokoh tersebut diiktiraf sebagai aristokrat Melayu Selangor. Seterusnya, akan menilai seseorang itu sama ada layak diiktiraf sebagai raja serta orang besar Selangor yang merupakan waris negeri Selangor sekaligus aristokrat Melayu Selangor atau sebaliknya dan stratifikasi golongan ini pada era Sultan Salehuddin. Sumber primer antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (B/SUK) dan sumber sekunder digunakan bagi menjawab perkara dikemukakan. Secara keseluruhan, istilah ini merangkumi raja dan orang besar Selangor sekaligus merupakan waris negeri Selangor dibentuk secara sah setelah status entiti politik Selangor diiktiraf sebagai sebuah kerajaan negeri berdaulat pada November 1766 yang diasaskan oleh Sultan Salehuddin. Secara lazimnya, stratifikasi dalam komuniti aristokrat Melayu Selangor tidak diamalkan dalam konteks kesultanan Selangor. Namun begitu, ia wujud dalam konteks ini sekiranya diteliti secara mendalam kerana mempunyai lapisan-lapisan tertentu sama ada sebagai raja atau orang besar Selangor bagi membezakan seseorang itu dalam sesebuah komuniti sosial.                                                                                                                                        Kata kunci: Aristokrat Melayu Selangor; Raja Selangor; Orang Besar Selangor; Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak; Kesultanan Selangor. Abstract The terms and stratification of the Selangor Malay aristocracy began taking shape in November 1766. However, this development has not been highlighted in the writings of J. M. Gullick (1998), Khoo Kay Kim (1985), Barbara Watson Andaya (1974), Mohd. Yusoff Hashim (2001) and Abdullah Zakaria bin Ghazali (1999/2000) and even Abdur-Razzaq Lubis (2018) had limited understanding of the topic. This article aims to introduce the concept of the terms and stratification of the Selangor Malay aristocracy established by Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak, the founder of sultanate of Selangor, to give this topic its proper place in Malaysian history. This article will first analyse the formation of sultanate of Selangor in November 1766. In addition, it will synthesise the developments prior to the recognition of certain figures as members of the Selangor Malay aristocracy. Furthermore, it will evaluate if someone is eligible or not for recognition as raja and orang besar of Selangor collectively identified as the waris negeri Selangor and the stratification within this community in the Sultan Salehuddin era. The primary sources used in this article include Selangor Secretariat Office (B/SUK), as well as multiple secondary sources. Overall, the terms used include the raja and orang besar of Selangor who are the waris negeri Selangor legally established after the political entity of Selangor was founded by Sultan Salehuddin and recognised as a sovereign kingdom in November 1766. Generally, the stratification within the Selangor Malay aristocracy is not practised in the context of sultanate of Selangor. Nevertheless, some level of hierarchy was present, especially in identifying the status of raja and orang besar of Selangor within a social community. Keywords: Selangor Malay Aristocracy; Raja of Selangor; Orang Besar of Selangor; Sultan Salehuddin ibni Daeng Chelak; Sultanate of Selangor. 

 Articles related