ARTICLE
TITLE

PENDEKATAN PENGURUSAN KONFLIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN INTEREST BASED BARGAINING (IBB): KAJIAN KE ATAS PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA SEKTOR PERINDUSTRIAN DI SABAH

SUMMARY

Perundingan kolektif adalah proses menentukan terma dan kondisi pekerjaan di antara pihak majikan dan wakil kesatuan sekerja bagi membentuk satu perjanjian kolektif. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai satu perjanjian kolektif yang memuaskan hati pihak yang berunding. Mereka selalu berhadapan dengan situasi kalah-menang atau perundingan distributif. Oleh itu, Fisher dan Ury (1991) telah memperkenalkan prinsip Interest Based Bargaining (IBB) sebagai alternatif kepada perundingan distributif. Berdasarkan ulasan kajian lepas mendapati pendekatan pengurusan konflik merupakan peramal yang baik kepada bentuk perundingan IBB dan distributif, di mana perbezaan bentuk pengurusan konflik individu mempengaruhi cara mereka mengadakan perundingan. Kajian ini dijalankan ke atas kesatuan sekerja peindustrian di Sabah. Hasil kajian mendapati pendekatan pengurusan konflik dengan bertolak ansur mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan IBB. Ia juga menjadi peramal yang baik kepada amalan IBB di kalangan pemimpin kesatuan sekerja perindustrian di Sabah. Sungguhpun begitu, pendekatan pengurusan konflik dengan bekerjasama dan penyelesaian masalah tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan IBB. Dapatan kajian ini berbeza daripada kajian lepas dan kajian ini turut mengesahkan bahawa teori dual concern tidak boleh dijadikan peramal tunggal kepada amalan IBB.

 Articles related

Rosfazila Abd Rahman,Abdul Razif Zaini,Djhoanna S. Mama,Munira Abdul Razak    

Ibn khaldun is a great sociological scholar and made a great contribution to the world civilization. Whilst national unity and integration are the basic goal of Malaysia in the effort to make Malaysia a strong and united civilization. Unity can ensure na... see more

Revista: Akademika

Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri,Hafiz Mohd Radzi,Rohizah Abd Rahman    

This research showed a descriptive analysis on student readiness towards online learning during movement control order (MCO) due to pandemic covid-19.  The readiness of the students’ needs to be studied due to the new normal which take an immediate ... see more

Revista: Akademika

Nor Azlina Endut,Rohaini Amin    

The Look East policy is not just a political rhetoric of Tun Dr. Mahathir Mohamad. This policy has been compiled and loaded with various programs to ensure its success. This policy was introduced with the aim of changing the thinking and paradigm so that... see more

Revista: Akademika

Velan Kunjuraman    

Pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri utama ekonomi global termasuk industri pelancongan. Kemerosotan ekonomi yang tidak dapat dibayangkan telah berlaku akibat kesan daripada wabak ini justeru banyak industri berasa optimistik untuk pulih secara p... see more

Revista: Akademika

WONG CHIN YEW,SAIFUL FARISIN MD RAMLAN,MAL KONG SIA,ISMAIL IBRAHIM    

Lembah Belum merupakan kawasan yang kaya dengan keunikan ekosistem alam dan kepelbagaian spesies flora dan fauna. Selain itu, kawasan ini juga diperkaya dengan adanya kelompok kecil komuniti Orang Asli suku Jahai yang masih kental dengan budaya tradision... see more

Revista: Akademika