ARTICLE
TITLE

Bahasa Komunikasi atas Talian dalam Suasana Akademik (Online Communicative Language in an Academic Setting)

SUMMARY

Laman-laman di media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan Twitter telah menyediakan satu platform di mana golongan belia boleh melibatkan diri dalam kumpulan yang mempunyai minat yang sama, dari segi disiplin atau bidang dengan mengemaskini pelbagai topik untuk perbincangan atas talian. Namun begitu,  disebabkan media sosial telah mengambil ruang yang besar dalam kehidupan masyarakat, timbul kebimbangan mengenai impaknya terhadap bahasa komunikasi kita; terutamanya bahasa komunikasi para belia. Berdasarkan kepada fenomena ini, kajian ini merupakan satu usaha untuk menambahkan pemahaman bahasa komunikasi atas talian yang digunakan oleh belia di media sosial. Ia juga untuk mengisi jurang penyelidikan yang terdapat dalam bidang kajian mengenai pola bahasa yang digunakan dalam suasana akademik di kalangan belia di rangkaian komunikasi atas talian.  Secara khusus, artikel ini akan melaporkan tentang ciri-ciri linguistik bahasa komunikasi atas talian yang digunakan oleh pelajar universiti dalam suasana akademik di Facebook dan menentukan samada corak bahasa yang digunakan adalah berkesan dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan. Kajian ini menggunakan dua kaedah penyelidikan, iaitu Etnografi Maya dan Analisis Kandungan. Data yang dikumpul adalah dalam bentuk tangkapan skrin dan coretan dalam perbualan. Analisis Kandungan digunakan untuk meneliti penggunaan bahasa dalam fenomena percampuran kod, penukaran kod dan pinjaman kata-kata tertentu daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua dan sebaliknya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa bahasa yang digunakan oleh para peserta di Facebook terdiri daripada campuran daripada penukaran kod, percampuran kod, kata-kata pengisi, emotikon, pengubahsuaian ejaan, perkataan bahasa asing dan bahasa pasar Bahasa Inggeris.    Kata kunci: bahasa komunikasi atas talian; ruangan rangkaian sosial; Facebook; persekitaran akademik; ciri-ciri linguistik  ABSTRACT Sites on social media have provided a platform whereby the young can create groups based on their common interests and build connections by updating various topics to discuss. However, with social media taking up such a large space in our lives, there is a concern as to whether it is impacting our communicative language; more importantly, our youth’s communicative language. In view of this phenomenon, this study is an attempt to add to the understanding of online communicative language used by youths in social media. It is also to fill the research gap that exists in the field of research on language patterns used in academic settings among youth in online communication networks.  Specifically, this article will report on the linguistic features of online communicative language used by youths in an academic setting on Facebook and determine whether the language patterns used are effective in conveying the relevant information. This study employed two research tools, namely Virtual Ethnography and Content Analysis. Data collected was in the form of screen captures and snippets of conversations. Content Analysis was employed to look into the occurrences of languages in contact in phenomena such as code-mixing, code-switching and borrowings of certain words from the first language to second language and vice versa. The findings of the study indicate that the language used by the participants on Facebook consists of a mixture of code switching, code mixing, fillers, emoticons, spelling modifications, foreign language words and colloquial Malaysian English.  Keywords: online communicative language; social networking space; Facebook; academic setting; linguistic features

 Articles related

Sara Binti Beden,Indirawati Binti Zahid    

Makalah ini bertujuan untuk memetakan struktur peristiwa bahasa dalam novel Melunas Rindu, iaitu teks Komsas yang digunakan oleh para murid Tingkatan 4 Zon 4 di negeri Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Penggunaan bahan Komsa... see more


Syofia Ulfah,Zamri Mahamod,Jamaludin Badusah    

Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran komunikasi interpersonal ekspresif guru (KKIEG) ketika proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) bahasa Indonesia di dalam bilik darjah ketika guru memulakan P&P, semasa P&P, dan ketika guru menutup P&P.  Kajia... see more


Ashinida Aladdin    

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana para pelajar di peringkat menengah mengatasi masalah kekurangan leksikal ketika bertutur dalam bahasa Arab. Ia juga  bertujuan untuk mengkaji apakah kategori strategi komunikasi yang digunakan secara umu... see more


Faridah Ibrahim,Tika Nuraeni,Fauziah Ahmad,Chang Peng Kee,Normah Mustaffa    

Reka bentuk bahasa komunikasi visual adalah konsep komunikasi dan ungkapan daya kreativiti, yang diaplikasikan dalam pelbagai media bahasa komunikasi visual dengan mengolah elemen reka bentuk grafik yang terdiri dari gambar, huruf, warna, komposisi, dan ... see more


Akhmad Haryono    

Penggunaan bahasa, jika tidak didasari dengan setrategi komunkasi yang memadai dapat menimbulkan persoalan dalam komunikasi?lebih-lebih dalam komunikasi antarbudaya. Bahasa bisa berdampak positif dan menjadi perekat dalam hidup berbangsa dan bernegara, j... see more

Revista: Linguistika