Home  /  Akademika  /  Vol: 90 Núm: 3 Par: 0 (2020)  /  Article
ARTICLE
TITLE

Kesahan Kandungan Instrumen Pengukuran Tingkah Laku Inovatif Guru Menggunakan Kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) (Content Validity of Teacher Innovative Behaviour Measurement Instruments Using Content Validity Ratio (CVR) Method)

SUMMARY

Tingkah laku inovatif dalam persekitaran hari ini merupakan salah satu aspek penting dalam menjamin keupayaan inovasi dalam sesebuah organisasi. Walaupun terdapat beberapa instrumen pengukuran yang telah dibangunkan untuk menilai tingkah laku inovatif, namun instrumen yang mempunyai kesahan yang baik didapati masih kurang dan terhad. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk menguji aspek kesahan kandungan instrumen pengukuran tingkah laku inovatif khusus untuk guru di Malaysia menggunakan kaedah Nisbah Kesahan Kandungan (CVR) bagi memastikan instrumen pengukuran adalah sesuai untuk digunakan dalam konteks dan budaya tempatan. Kajian adalah berbentuk tinjauan soal selidik secara bertulis dan dalam talian. Sebelas orang pakar dalam bidang inovasi dipilih melalui teknik persampelan bertujuan yang terdiri daripada sembilan orang pakar profesional dan dua orang pakar lapangan yang masih aktif berkhidmat di Universiti Awam Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Proses kesahan instrumen melibatkan 34 item daripada empat konstruk. Dapatan kuantitatif kajian mendapati instrumen mempunyai kesahan kandungan yang baik dengan 27 item mencapai tahap minimum nilai CVR (N=11, CVRkritikal= 0.636). Empat item yang tidak mencapai nilai minimum CVR akan ditambah baik manakala baki tiga item digugurkan dari instrumen. Keseluruhan 31 item yang kekal akan dimurnikan sebagai instrumen akhir. Dapatan kualitatif kajian mendapati instrumen adalah sesuai dan relevan serta mempunyai potensi untuk menjadi instrumen yang baik bagi mengukur tingkah laku inovatif dalam kalangan guru. Dicadangkan agar kajian rintis dijalankan dan data dianalisis menggunakan analisis statistik seperti Model Rasch agar item – item dapat dianalisis dengan lebih mendalam.Kata kunci: Kesahan kandungan; tingkah laku inovatif; guru; pakar; CVRAbstractInnovative behaviour in today’s environment is one of the most important aspects of ensuring innovation in an organization. Although there are several measurement instruments that have been developed to assess innovative behaviours, a good validity instruments are still lacking and limited. In this regard, this study aimed to test the validity of content validity of innovative behaviours measurement instruments specifically for teachers in Malaysia using the Content Validation Ratio (CVR) method to ensure that measurement instruments are appropriate for use in local contexts and cultures. The research is in the form of a written and online survey. Eleven experts in the field of innovation were selected through purposive sampling techniques consisting of nine professionals and two field experts who are still active in the Public University of Malaysia and the Ministry of Education Malaysia. The instrument validation process involved 34 items from four constructs. The quantitative study found that the instrument had good content validity with 27 items reaching the minimum level of CVR value (N = 11, CVRcritical= 0.636). Four items that do not meet the minimum CVR value will be purged while the remaining three items will be dropped from the instrument. The entire remaining 31 items will be purified as final instruments. The qualitative findings of the study found that the instrument is appropriate and relevant and has the potential to be a good instrument for measuring innovative behaviour among teachers. It is proposed that pilot studies be conducted, and the data should be analysed using more in-depth statistical analysis such as Rasch Model to obtain more detailed information about the items.Keywords: Content validity; innovative behaviour; teachers; experts; CVR

 Articles related